Pages

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Pesta Makanan

Asaalamualaikum... 

Bertemu lagi kita di blog Puaka Khayalan...

Kali ini saya ingin menceritakan tentang satu program yang berkonsepkan makanan tradisional yang di adakan di Universiti Putra Malaysia. Progarm ini di adakan pada tanggal 25 September 2018. 

Dalam keberlangsungan program tersebut, pelbagai juuadah dijual dan juga tidak terkecuali juadah-juadah antarabangsa. Program tersebut mendapat liputan dari satu setesen televisyen terkemuka iaitu TV3. Ramai peniaga yang mengambil peluang untuk menjual dan mempromosikan makanan tradisonal yang dibawa oleh mereka. Para pendidik di universiti ini juga tidak terkecuali. Ramai pensyarah-pensyarah yang mengambil peluang untuk bekerjasa sama dalam menjayakan program tersebut dengan turut menyertai penjualan makanan bauatan tangan mereka.

Program ini tidak hanya bertujuan untuk menjual makanan tradisional sahaja, malah, ia juga terdapat minuman-minuman yang sedang viral pada masa kini. Selain minuman viral, terdapat juga minuman yang dihasilkan dari sumber alam sepeti tongkat ali dan madu lebah. Minuman ini boleh meningkatkan metabolisma dalam diri dan mengembalikan tenaga dalam diri. 

Selain penjualan makan dan minuman, program yang di gelar pesta makanan ini juga menempatkan satu sudut untuk pertunjukan memasak dan juga gubahan buah-buahan. pada hari tersebut, seorang chef telah dijemput bagi mempamerkan cara memasak makanan tradisional negara kita. 

No comments:

Post a Comment