Pages

Wednesday, October 3, 2018


BBM3410/18 : SANTAU

Assalamualaikum...

Wahai sahabat-sahabat sekalian...

kembali kita bersama di laman Puaka Khayalan.....

Hari ini, Puaka Khayalan ingin berkongsi tentang satu amalan yang dari dulu sehingga sekarang masih diamal, dipercayai, diguna pakai dalam kehidupan. Amalan tersebut adalah dinamakan sebagai SANTAU. Amalan satu ini amat merbahaya dan ia merupakan satu amalan yang berdosa besar. 





Amalan santau ini sering digunakan untuk memporak perandakan kehidupan orang lain. Santau merupakan amalan yang menggunakan makhluk ketiga yakni iblis, jin atau syaitan seabagai perantara untuk memudaratkan seseorang individu. Santau terbahagi kepada beberapa bahagian seperti santau makan dan minum, santau langkah santau angin dan pelbagai lagi. tetapi, ketiga-tiga santau ini lah yang sering digunakan oleh manusia yang berhati busuk dan tidak senang melihat kebahagian orang lain. Amalan santau ini jika digunakan, ia bukan datang dengan santau semata-mata, malah ia juga disertakan pendinding yang datangnya juga dari peranan jin dan syaitan.






Sebagai contoh, Puaka Khayalan ingin menceritakan sebuah kisah yang terjadi pada peniaga A dan B suatu masa dahulu. Santau ini berkenaan dengan santau makan dan minum.  Ia berlaku antara peniaga yang berniga secara berhampiran. Oleh kerana sifat cemburu yang menguasai diri peniaga A, beliau sanggup menggunakan amalan santau ini untuk menjahanamkan perniagaan peniaga B. Oleh kerana santau itu, perniagaan si B tadi jatuh mendadak kerana dikianati oelh individu lain.







Di sini, Puaka Khayalan ingin memberitahu bahawa amalan santau menyantau ini amat merbahaya. Bukan sekadar merbahaya, ia juga berdosa besar jika digunakan. bagi insan yang terkena santau ini, ia memerlukan seseoarang yang arif tentang ilmu perubatan Islam dan bukan calang-calang manusia boleh mengubati amalan santau ini.

sekian sahaja coretana Puaka Khayalan buata kali ini... Jika umur Puaka Khayalan tidak disantau, kita ketemu lagi di lain hari......

No comments:

Post a Comment