Pages

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : BALING OHHHH BALING.....

BBM3410/18 : BALING OHHHH BALING.....

assalamualaikum wahai sahabat-sahabat blogger sekalian... hari ni... Puaka Khayalan nak kongsi cerita tentang satu daerah paling aman di negeri jelapang padi yakni negeri kedah... daerah tersebut diberi nama Baling....

Daerah Baling berdekatan dengan sempadan Thailand... menurut cerita orang dulu-dulu... nama baling ni diperoleh pada zaman Raja bersiong iaitu Raja Ong maha Perita Deria... nama baling itu diperoleh ketika pada satu ketika dahulu, Raja Bersiung ini mengalami sakit gigi yang teramat sangat pada siongnya... jadi... penyelesaian yang diambil adalah raja tersebut mencabut kedu-dua siongnya dan membaling siong-siong tersebut kesuatu tempat yang dikenali sebagai Baling.



ada pula cerita lain yang kata Baling ni asalnya dari kedatangan orang Thailand dan Burma ke Tanah Melayu...Pada waktu itu...mereka bercucuk tanam demi menjana pendapatan... tetapi...  tanaman mereka habis dimakan oleh kera yang terdapat di atas Gunung Baling... mereka ketakutan kerana pertama kali melihat kehadiran sekumpulan kera yang banyak memusnahkan tanaman mereka...oleh kerana itu... mereka memberikan nama kawasan itu sebagai Ban-Lin yang bermaksud kera...dan lama-kelamaan... nama Ban-Lin itu kemudiannya bertukar menjadi Baling.





No comments:

Post a Comment