Pages

Monday, October 7, 2019

Tentang bintang

Disaat matahari hampir hilang, kutakuti andai duniaku terus kelam dan teraba-raba aku dalam mencari arah. Tapi, mujur ada kau bintang.

Tentang bintang yang mengajari aku bagaimana untuk terus tersenyum walau gelap manapun keberadaanku. Tanpa disedari, hadirnya bintang itu telah menyembuhkan aku dari segala luka yang pernah menyakiti diri dan jiwa ini.

Tentang bintang yang menjadi penunjuk arah disaat aku mencari jalan dalam pelayaran yang tak kunjung kutemukan tepian. Barangkali sempat kuhampir hanyut dan tenggelam dalam proses pencarian tapi hadirnya bintang itu menunjukkan aku laluan kemana harusku meneruskan pelayaran.

Tentang bintang yang setia menemani dan hadir disaat aku perlu dan getir. Bintang yang menjadi bukti saat aku bercerita tentang terang dan gelapnya hidup ini.

Tentang bintang yang bertebaran diangkasa bersama jutaan lainnya. Pernah tersorok dan pernah tersepit dicelah lainnya tapi makin hari kusedari betapa pentingnya bintang itu dalam jaga dan mimpiku.

Walau bintang akan hilang disaat mentari menjengah, tetap bintang itulah yang selalu aku rindu dan nanti. Wahai bintang, disini aku percaya bahawa aku akan menggapaimu suatu hari nanti. Tetaplah disini bersama menemani hingga rambut memutih dan tak bisa bernafas lagi.
Mungkin 2

Mungkin ada yang terlahir menjadi penghibur tapi tak pernah dihibur.

Mungkin kejayaan terasa berat pada orang yang selalu ringankan usaha.

Mungkin kamu rasa diri kurang berharga kerana sering dilupa untuk dihargai.

Mungkin ramai yang mula mencari jalan pulang ke rumah hanya bila pintu sudah ditutup.

Mungkin ada yang tulus tapi hidupnya kian dimanfaatkan.

Mungkin jiwa terasa sempit kerana sudah terlalu diisi dengan dunia.

Mungkin kita terlalu mencari berlian di dasar lautan hingga terlupa permata yang dipakai di jari.

Mungkin ia, mungkin tidak. Jawapan ada padamu.

@sangsaka_alam
Mungkin

Mungkin tanpa kamu tahu ada mulut yang selalu melangitkan namamu dalam setiap doanya.

 Mungkin tanpa kamu perasan ada kasih sayang yang mahu membelai jiwa kamu sentiasa.

Mungkin tanpa kamu lihat ada mata yang sering perhatikan kamu dengan sepenuh jiwa.

Mungkin tanpa kamu sedar ada yang menetapkanmu sebagai mimpi indah yang sungguh dia mahu nyatakan.

Mungkin kehadirannya belum lagi dikesan atau kamu cuba menafikan kerana lelah dengan pengalaman.

Mulai sekarang cubalah kamu lebih peka terhadap semesta untuk rasakan kewujudan dia yang selalu menghargai dan menyayangi.

@sangsaka_alam
Perjuangan ini bukan sekadar bertarung atas kertas, meletak nama paling atas dan berdiri atas pentas.

Ia tentang impian belum tertunai, harapan yang mahu disempurnakan, jasa yang mahu dibalas, mengukir senyuman di wajah-wajah dan mahu berjuang untuk banyak hati.

Semoga di garisan akhir kejayaan erat di tangan dan untuk semua itu  aku sedang berpenat disini.


@sangsaka_alam