Pages

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

video tanpa wajah ni...video yang kita rakam tanpa ada wajah pelakon...meh sini aku kongsi sikit pasal video tanpa wajah ni...

1- tanpa wajah
    tanpa wajah ni kiranya video yang kita rakam tu... takda muka pelakon...

2- fokus satu objek
    dalam proses rakam video tanpa wajah ni... kita kena fokus satu objek ja...ikut tema video yang kita nak buat...macam duit ka...guni ka...

3- jalan cerita
  sebelum buat video ni... kita kena ada jalan cerita dahulu... sebab kalau takda jalan cerita...takut jalan cerita tergantung

4- ada editing
    editing ni kita buat untuk menampakkan jalan cerita kita... kita boleh letak effect2 untuk bagi nampak video kita hidup..

BBM3410/18 : Video One Shot

hampa pernah dengar dak "one shot" ni?? kalau hampa nak tau... one shot ni salah satu teknik dalam multimedia... benda alah ni takda la susah sangat... asalkan hampa faham cara nak buat...hahaha...dalam multimedia... one shot ni ada tiga jenis:

1- one shot one layer
2- one shot two layer
3- one shot three layer

tiga2 teknik ada perbezaan dia... tapi...asas utama sama... cuma rakam video dari satu sudut pandangan... kiranya cuma pakai satu kamera...

1- one shot one layer
    teknik pertama ni... kita cuma buat satu benda ja... kalau video lagu... kita cuma kena nyanyi ja...takda menari ka... belakon ka...cuma nyanyi semata-mata..

2- one shot two layer
    yang ni teknik kedua... teknik yang ni payah sikit...sebab kena ada penyanyi dengan lakonan serentak..nasib la sapa yang kena berlakon....hahahaha

3- one shot three layer
    yang ni lagi seksa... sebab... teknik ni nak ada tiga benda ja...selalunya... layer yang ketiga tu...benda yang kita tak rancang...macam kereta lintas ka...burung lintas ka...hahahha

jadinya...ni la teknik2 yang ada dalam video one shot...

BBM3410/18 : Papan Cerita

Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 

Sesuatu cerita yang dicipta perlu bermula dengan idea. Idea adalah cetusan ingatan seseorang yang boleh mengembangkannya menjadi apa yang perlu dihasilkan. Contohnya, seseorang ternampak batu lalu timbul idea untuk mengukir batu itu menjadi Action Figura.

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. 
- Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam       aplikasi multimedia. 
- Dalam melakarkan papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. 
- Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu : 

Papan cerita Produksi (Production Storyboard).
Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard).
Papan cerita TV (TV Storyboard).
Papan cerita Animatik (Animatic Storyboard).
Papan cerita Digital (Digital Storyboard).

KEPENTINGAN PAPAN CERITA
- Membantu kita merancang animasi dari 1 gambar ke 1 gambar lain
- Membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik
- Membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi
- Mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut

BBM3410/18: Asas Grafik





5 ASAS GRAFIK...

mesti orang ingst bab2 ambik gambaq ni kerja senang kan?? betoi dak?? tapi depa tak tau yang seksanya kerja tangkap gambaq ni. awat aku boleh kata gitu?? sebabnya... dalam kerja tangkap gambaq ni... ada asas2 yang fotografer kena tau... bukan main hantam ja tangkap gambaq.. meh sini aku kongsi sikit pasai asas grafik...


1. Mudah
Sesuatu yang senang difahami maksudnya, dari segi penggunaan warna dan sebagainya. senang cerita... bila orang lain tengok gambaq yang kita tangkap tu... depa akan faham.




2. Keseimbangan
Gambar yan terlihat seimbang dari sisi kanan dan kirinya. yang ni kena teliti sikit. sebab nak bagi sama sisi kiri dengan kanan.. tak mau bagi nampka berat sebelah..







3.Kesesuaian
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. nak habaq pasai keindahan alam... jangan la kita pi tangkap gambaq orang buang sampah ka... apa ka... tangkap la gambaq gunung ka..tasik ka yang lawa2... baru la sesuai dengan apa yang kita nak habaq.




4. Warna
Warna yang sesuai dengan dengan situasi atau persekitaran sekeliling. bab ni... hampa kena pandai tengok warna... sebab takut warna yang hampa pilih tu...xsesuai dengan apa yang hampa nak habaq...





5. Teks
Saiz yang berbeza, fon berbeza, memiliki slogan, tema dan sebagainya. bahagian ni... hampa kena la kreatif sikit... banyak sowftware fon ada dalam google... donwload ja...jangan la dok pakai fon sama ja dari awal sampai habis... 






jadinya... tu la asas grafik yang aku nak kongsi dengan hampa semua... harap2 berguna la nohh..hehehehe