Pages

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Papan Cerita

Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 

Sesuatu cerita yang dicipta perlu bermula dengan idea. Idea adalah cetusan ingatan seseorang yang boleh mengembangkannya menjadi apa yang perlu dihasilkan. Contohnya, seseorang ternampak batu lalu timbul idea untuk mengukir batu itu menjadi Action Figura.

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. 
- Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam       aplikasi multimedia. 
- Dalam melakarkan papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. 
- Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu : 

Papan cerita Produksi (Production Storyboard).
Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard).
Papan cerita TV (TV Storyboard).
Papan cerita Animatik (Animatic Storyboard).
Papan cerita Digital (Digital Storyboard).

KEPENTINGAN PAPAN CERITA
- Membantu kita merancang animasi dari 1 gambar ke 1 gambar lain
- Membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik
- Membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi
- Mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut

No comments:

Post a Comment