Pages

Monday, March 21, 2022



                                                               Pencemaran Alam

Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran alam. Namun, adakah manusia sahaja yang bertanggungjawab bagi semua pencemaran alam yang berlaku? Pencemaran alam boleh ditakrifkan sebagai kotoran sekeliling yang menjejas kualiti kebersihan air, udara dan bumi. Sepatutnya, manusia harus bertanggungjawab untuk menjaga flora dan fauna yang mengelilingi mereka kerana tiada tempat yang lain lagi di cakerawala yang sama seperti bumi ini. Arus pembangunan ke arah menjadikan negara-negara di dunia ini serba maju telah mencetuskan pelbagai masalah. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian telah memberikan taraf hidup yang selesa dan ini telah menaikkan imej negara tersebut di kaca mata dunia. Namun begitu, manusia alpa bahawa dibalik keselesaan dan pembangunan yang mereka miliki ada kesan yang boleh memudaratkan hidupan sekeliling mereka. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa manusia adalah punca utama berlakunya pencemaran alam.

Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan bumi yang disebabkan komposisi gas-gas rumah hijau meningkat melebihi tahap kebiasaan. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Kilang-kilang yang memproses dan membakar minyak untuk menjana elektrik supaya manusia dapat membuat aktiviti-aktiviti seharian mereka akan mengeluarkan gas-gas toksik dan gas rumah hijau. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitarannya menjadi panas.

Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Penipisan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran matahari. Pembebasan gas klorofluorokarbon atau CFC berlaku melalui aktiviti manusia yang menggunakan alat-alat seperti semburan aerosol dan varnis telah menyebabkan lapisan ozon untuk menipis hari demi hari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Selain pencemaran udara, terdapat beberapa perbuatan manusia yang juga menyebabkan air tidak terkecuali daripada dicemar. Antaranya tumpahan minyak, dan pembuangan sampah secara sembarangan. Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah sarap daripada kawasan perumahan atau kilang-kilang ke tepi tasik dan laut. Bahan yang dibuang seperti sampah, minyak dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan kualiti kebersihan air terjejas. Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal atau kebocoran dalam paip saluran minyak turut menyebabkan berlakunya pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian. Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam kehidupan lautan.Hidupan laut seperti ikan, siput,

udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Pencemaran tanah atau bumi dapat kita ketahui dengan mudah kerana ia dapat dikesan melalui 5 deria kita. Adapun beberapa faktor penyebabnya antaranya pembuangan sampah berbahan sintetik seperti plastik,tin,dan kaca.Seperti semua yang sedia maklum, bahan-bahan tersebut tidak boleh biodegredasi oleh mikroorganisme,menyebabkan gas oksigen tidak dapat meresap ke dalam tanah. Di beberapa daerah pencemaran tanah akan menurunkan kualiti kesuburan tanah itu sendiri. Tanaman tidak akan mudah hidup di tanah yang tercemar dan meskipun hidup ia akan menghasilkan produk yang belum tentu selamat untuk diambil atau dimakan. Selain itu, fauna tanah yang selama ini tinggal pasti juga akan terusik keberadaannya. Kesan pencemaran tanah selanjutnya adalah penyebaran wabak penyakit berbahaya. Tanah yang tercemar merupakan kondisi yang amat sesuai untuk bakteria merebak. Sampah-sampah yang ada di atas permukaan tanah juga menjadi habitat bagi haiwan haiwan dan serangga seperti lipas berternak. Lantas sikap sambil lewa manusia membuang sampah sarap sembarangan juga dapat membawa pelbagai implikasi selain daripada pencemaran bumi.

Secara kesimpulan, masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada kita sendiri. Kita haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Melalui mengenali punca-punca pencemaran kita dapat mengambil langkah-langkah pembetulan dan mengelak daripada terlibat dalam golongan yang merosakkan alam sekitar. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna. Apabila alam sekitar kita bersih dan bebas daripada segala pencemaran, ia akan menjaminkan generasi yang akan datang keindahan alam semula jadi yang boleh mereka nikmati bersama.

Wednesday, July 28, 2021

 Samsara wujud berusul azali...

Resiprokal menghulur bertunjangkan astral...

Stigma asal beransur kembali...

Logaritma nafas beralirkan fasal...

Saturday, November 16, 2019

petunjuk adat membaikkan laku...
petunjuk menyuruh hidup berilmu...
supaya hidup tak dapat malu...
supaya mati tak kena palu...

biar menitik keringat bertarung...
biar beribu datang menyerbu...
jangan ditarik keris bersarung...
jangan digoncang bara berdebu...

Monday, October 7, 2019

Tentang bintang

Disaat matahari hampir hilang, kutakuti andai duniaku terus kelam dan teraba-raba aku dalam mencari arah. Tapi, mujur ada kau bintang.

Tentang bintang yang mengajari aku bagaimana untuk terus tersenyum walau gelap manapun keberadaanku. Tanpa disedari, hadirnya bintang itu telah menyembuhkan aku dari segala luka yang pernah menyakiti diri dan jiwa ini.

Tentang bintang yang menjadi penunjuk arah disaat aku mencari jalan dalam pelayaran yang tak kunjung kutemukan tepian. Barangkali sempat kuhampir hanyut dan tenggelam dalam proses pencarian tapi hadirnya bintang itu menunjukkan aku laluan kemana harusku meneruskan pelayaran.

Tentang bintang yang setia menemani dan hadir disaat aku perlu dan getir. Bintang yang menjadi bukti saat aku bercerita tentang terang dan gelapnya hidup ini.

Tentang bintang yang bertebaran diangkasa bersama jutaan lainnya. Pernah tersorok dan pernah tersepit dicelah lainnya tapi makin hari kusedari betapa pentingnya bintang itu dalam jaga dan mimpiku.

Walau bintang akan hilang disaat mentari menjengah, tetap bintang itulah yang selalu aku rindu dan nanti. Wahai bintang, disini aku percaya bahawa aku akan menggapaimu suatu hari nanti. Tetaplah disini bersama menemani hingga rambut memutih dan tak bisa bernafas lagi.
Mungkin 2

Mungkin ada yang terlahir menjadi penghibur tapi tak pernah dihibur.

Mungkin kejayaan terasa berat pada orang yang selalu ringankan usaha.

Mungkin kamu rasa diri kurang berharga kerana sering dilupa untuk dihargai.

Mungkin ramai yang mula mencari jalan pulang ke rumah hanya bila pintu sudah ditutup.

Mungkin ada yang tulus tapi hidupnya kian dimanfaatkan.

Mungkin jiwa terasa sempit kerana sudah terlalu diisi dengan dunia.

Mungkin kita terlalu mencari berlian di dasar lautan hingga terlupa permata yang dipakai di jari.

Mungkin ia, mungkin tidak. Jawapan ada padamu.

@sangsaka_alam
Mungkin

Mungkin tanpa kamu tahu ada mulut yang selalu melangitkan namamu dalam setiap doanya.

 Mungkin tanpa kamu perasan ada kasih sayang yang mahu membelai jiwa kamu sentiasa.

Mungkin tanpa kamu lihat ada mata yang sering perhatikan kamu dengan sepenuh jiwa.

Mungkin tanpa kamu sedar ada yang menetapkanmu sebagai mimpi indah yang sungguh dia mahu nyatakan.

Mungkin kehadirannya belum lagi dikesan atau kamu cuba menafikan kerana lelah dengan pengalaman.

Mulai sekarang cubalah kamu lebih peka terhadap semesta untuk rasakan kewujudan dia yang selalu menghargai dan menyayangi.

@sangsaka_alam
Perjuangan ini bukan sekadar bertarung atas kertas, meletak nama paling atas dan berdiri atas pentas.

Ia tentang impian belum tertunai, harapan yang mahu disempurnakan, jasa yang mahu dibalas, mengukir senyuman di wajah-wajah dan mahu berjuang untuk banyak hati.

Semoga di garisan akhir kejayaan erat di tangan dan untuk semua itu  aku sedang berpenat disini.


@sangsaka_alam