Pages

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : air panas bakhanggg

assalamualaikum...

Kali ni Puaka Khayalan nak habaq pasal air panas dekat daerah Baling... tempat tu dipanggil Ulu Legong...

Ulu legong berada di kawasan pedalaman daerah Baling yang dikenal sebagai Kampung lalang... kawasan peranginan ini menjadi tumpuan para pelancong ketika waktu malam... kawasan tersebut dibuka paka jam 8.00 p.m hingga 4.00 a.m. Ulu Legong mempunyai kolam air panas yang mempunyai pelbagai takat suhu kepanasannya.



BBM3410/18 : BALING OHHHH BALING.....

BBM3410/18 : BALING OHHHH BALING.....

assalamualaikum wahai sahabat-sahabat blogger sekalian... hari ni... Puaka Khayalan nak kongsi cerita tentang satu daerah paling aman di negeri jelapang padi yakni negeri kedah... daerah tersebut diberi nama Baling....

Daerah Baling berdekatan dengan sempadan Thailand... menurut cerita orang dulu-dulu... nama baling ni diperoleh pada zaman Raja bersiong iaitu Raja Ong maha Perita Deria... nama baling itu diperoleh ketika pada satu ketika dahulu, Raja Bersiung ini mengalami sakit gigi yang teramat sangat pada siongnya... jadi... penyelesaian yang diambil adalah raja tersebut mencabut kedu-dua siongnya dan membaling siong-siong tersebut kesuatu tempat yang dikenali sebagai Baling.



ada pula cerita lain yang kata Baling ni asalnya dari kedatangan orang Thailand dan Burma ke Tanah Melayu...Pada waktu itu...mereka bercucuk tanam demi menjana pendapatan... tetapi...  tanaman mereka habis dimakan oleh kera yang terdapat di atas Gunung Baling... mereka ketakutan kerana pertama kali melihat kehadiran sekumpulan kera yang banyak memusnahkan tanaman mereka...oleh kerana itu... mereka memberikan nama kawasan itu sebagai Ban-Lin yang bermaksud kera...dan lama-kelamaan... nama Ban-Lin itu kemudiannya bertukar menjadi Baling.





BBM3410/18 : fotografi terakhir

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita di ruang blong Puaka Khayalan....

Kali ini, Puaka Khayalan nak cerita tentang teknik fotorgafi yang menarik dan 100% para pembaca akan tertarik dengan teknik tersebut. Pada mulanya, Puaka Khayalan inggat susah sangat nak buat teknik tu.. tapi, bila dah mula dapat tangkap cara teknik tu... rasa macam tak nak pula nak lepas kamera. hahhaha... yang paling seronoknya bila tengok kawan-kawan lain usaha macam-macam gaya nak ambil sisi pandang yang elok....

ok... meh sini Puaka Khalayan habaq kat hampa pasal teknik-teknik tadi..

Yang mula-mula sekali teknik yang orang panggil teknik flatlay... nak senang faham... teknik tangkap gambar betul-betul atas objek... kira tangkap cara menegak la... dengar macam mudah tapi bila nak tangkap gambar tu... uisshhh... menguji kesabaran betul... boleh kata peluh ni meleleh dari dahi sampai kaki...ni dia contoh gambar flatlay yang Puaka khayalan tangkap.




yang kedua pula teknik half flatlay...gambar teknik yang ni lebih kurang sama juga dengan yang atas... tapi... teknik yang ni condong sikit dari flatlay... teknik half flatlay ni... cara nak tangkap gambar tu, kamera kena condong sikit. ni dia hasil dari half flatlay..

yang ketiga pula quarter flatlay... gambar teknik yang beza sikit dari half flatlay... sikit ja beza dia... teknik quarter flatlay ni, fotografer dia kena turunkan kamera dan condongkan kamera tu...agak-agak sampai paras lutut gitu..hahahha...

yang paling senang teknik terakhir yakni teknik zero flatlay... teknik yang ni kamera kena letak terus atas lantai...kiranya... gambar teknik yang ni cuma nampak sisi tepi objek ja...

jadinya... itulah 4 teknik flatlay yang Puaka Khayalan belajar... 

Wednesday, October 3, 2018


BBM3410/18 : SANTAU

Assalamualaikum...

Wahai sahabat-sahabat sekalian...

kembali kita bersama di laman Puaka Khayalan.....

Hari ini, Puaka Khayalan ingin berkongsi tentang satu amalan yang dari dulu sehingga sekarang masih diamal, dipercayai, diguna pakai dalam kehidupan. Amalan tersebut adalah dinamakan sebagai SANTAU. Amalan satu ini amat merbahaya dan ia merupakan satu amalan yang berdosa besar. 





Amalan santau ini sering digunakan untuk memporak perandakan kehidupan orang lain. Santau merupakan amalan yang menggunakan makhluk ketiga yakni iblis, jin atau syaitan seabagai perantara untuk memudaratkan seseorang individu. Santau terbahagi kepada beberapa bahagian seperti santau makan dan minum, santau langkah santau angin dan pelbagai lagi. tetapi, ketiga-tiga santau ini lah yang sering digunakan oleh manusia yang berhati busuk dan tidak senang melihat kebahagian orang lain. Amalan santau ini jika digunakan, ia bukan datang dengan santau semata-mata, malah ia juga disertakan pendinding yang datangnya juga dari peranan jin dan syaitan.






Sebagai contoh, Puaka Khayalan ingin menceritakan sebuah kisah yang terjadi pada peniaga A dan B suatu masa dahulu. Santau ini berkenaan dengan santau makan dan minum.  Ia berlaku antara peniaga yang berniga secara berhampiran. Oleh kerana sifat cemburu yang menguasai diri peniaga A, beliau sanggup menggunakan amalan santau ini untuk menjahanamkan perniagaan peniaga B. Oleh kerana santau itu, perniagaan si B tadi jatuh mendadak kerana dikianati oelh individu lain.







Di sini, Puaka Khayalan ingin memberitahu bahawa amalan santau menyantau ini amat merbahaya. Bukan sekadar merbahaya, ia juga berdosa besar jika digunakan. bagi insan yang terkena santau ini, ia memerlukan seseoarang yang arif tentang ilmu perubatan Islam dan bukan calang-calang manusia boleh mengubati amalan santau ini.

sekian sahaja coretana Puaka Khayalan buata kali ini... Jika umur Puaka Khayalan tidak disantau, kita ketemu lagi di lain hari......
BBM3410/18 : Pesta Makanan

Asaalamualaikum... 

Bertemu lagi kita di blog Puaka Khayalan...

Kali ini saya ingin menceritakan tentang satu program yang berkonsepkan makanan tradisional yang di adakan di Universiti Putra Malaysia. Progarm ini di adakan pada tanggal 25 September 2018. 

Dalam keberlangsungan program tersebut, pelbagai juuadah dijual dan juga tidak terkecuali juadah-juadah antarabangsa. Program tersebut mendapat liputan dari satu setesen televisyen terkemuka iaitu TV3. Ramai peniaga yang mengambil peluang untuk menjual dan mempromosikan makanan tradisonal yang dibawa oleh mereka. Para pendidik di universiti ini juga tidak terkecuali. Ramai pensyarah-pensyarah yang mengambil peluang untuk bekerjasa sama dalam menjayakan program tersebut dengan turut menyertai penjualan makanan bauatan tangan mereka.

Program ini tidak hanya bertujuan untuk menjual makanan tradisional sahaja, malah, ia juga terdapat minuman-minuman yang sedang viral pada masa kini. Selain minuman viral, terdapat juga minuman yang dihasilkan dari sumber alam sepeti tongkat ali dan madu lebah. Minuman ini boleh meningkatkan metabolisma dalam diri dan mengembalikan tenaga dalam diri. 

Selain penjualan makan dan minuman, program yang di gelar pesta makanan ini juga menempatkan satu sudut untuk pertunjukan memasak dan juga gubahan buah-buahan. pada hari tersebut, seorang chef telah dijemput bagi mempamerkan cara memasak makanan tradisional negara kita. 
BBM3410/18 : KELAS ATAS TALIAN


Assalamualaikum...

Apa khabarmu disana??

Moga-moga para pembaca semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ya...


Pada minggu ke-4, kelas yang seharusnya diadakan mengikut jadual terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab yang tertentu. Namun, ia tidak sekali mematahkan semangat para pelajar yang menginginkan proses P&P itu tetap dijalankan seperti biasa. Berdasarkan alasan tersebut, kami diberikan tugasan atas talian. 

Dalam proses P&P atas talian tersebut, para pelajar kehendaki dua soalan yang diberikan berdasarkan media sosial atau media teknologi yang terdapat dalam buku BOOM. Antara tugasan yang perlu diselesaikan adalah seperti berikut.



1. Berikan persepsi anda tentang jenis jenis media sosial/media teknologi yang terdapt dalam bab buku BOOM ( minima 100 patah perkataan, miksima 150 patah perkataan)





2. Pilih salah satu media sosila/media teknologi (bab 1) dan bincangkan (minima 100 patah perkataan, miksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut.





Dalam penghasilan tugasan tersebut, para pelajar diberikan garis panduan yang perlu dituruti.  Kelas atas talian ini hanya wujud dalam jangka masa satu jam sahaja iaitu dari jam 2 hingga 3 petang.