Pages

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

video tanpa wajah ni...video yang kita rakam tanpa ada wajah pelakon...meh sini aku kongsi sikit pasal video tanpa wajah ni...

1- tanpa wajah
    tanpa wajah ni kiranya video yang kita rakam tu... takda muka pelakon...

2- fokus satu objek
    dalam proses rakam video tanpa wajah ni... kita kena fokus satu objek ja...ikut tema video yang kita nak buat...macam duit ka...guni ka...

3- jalan cerita
  sebelum buat video ni... kita kena ada jalan cerita dahulu... sebab kalau takda jalan cerita...takut jalan cerita tergantung

4- ada editing
    editing ni kita buat untuk menampakkan jalan cerita kita... kita boleh letak effect2 untuk bagi nampak video kita hidup..

BBM3410/18 : Video One Shot

hampa pernah dengar dak "one shot" ni?? kalau hampa nak tau... one shot ni salah satu teknik dalam multimedia... benda alah ni takda la susah sangat... asalkan hampa faham cara nak buat...hahaha...dalam multimedia... one shot ni ada tiga jenis:

1- one shot one layer
2- one shot two layer
3- one shot three layer

tiga2 teknik ada perbezaan dia... tapi...asas utama sama... cuma rakam video dari satu sudut pandangan... kiranya cuma pakai satu kamera...

1- one shot one layer
    teknik pertama ni... kita cuma buat satu benda ja... kalau video lagu... kita cuma kena nyanyi ja...takda menari ka... belakon ka...cuma nyanyi semata-mata..

2- one shot two layer
    yang ni teknik kedua... teknik yang ni payah sikit...sebab kena ada penyanyi dengan lakonan serentak..nasib la sapa yang kena berlakon....hahahaha

3- one shot three layer
    yang ni lagi seksa... sebab... teknik ni nak ada tiga benda ja...selalunya... layer yang ketiga tu...benda yang kita tak rancang...macam kereta lintas ka...burung lintas ka...hahahha

jadinya...ni la teknik2 yang ada dalam video one shot...

BBM3410/18 : Papan Cerita

Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 

Sesuatu cerita yang dicipta perlu bermula dengan idea. Idea adalah cetusan ingatan seseorang yang boleh mengembangkannya menjadi apa yang perlu dihasilkan. Contohnya, seseorang ternampak batu lalu timbul idea untuk mengukir batu itu menjadi Action Figura.

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. 
- Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam       aplikasi multimedia. 
- Dalam melakarkan papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. 
- Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu : 

Papan cerita Produksi (Production Storyboard).
Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard).
Papan cerita TV (TV Storyboard).
Papan cerita Animatik (Animatic Storyboard).
Papan cerita Digital (Digital Storyboard).

KEPENTINGAN PAPAN CERITA
- Membantu kita merancang animasi dari 1 gambar ke 1 gambar lain
- Membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik
- Membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi
- Mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut

BBM3410/18: Asas Grafik





5 ASAS GRAFIK...

mesti orang ingst bab2 ambik gambaq ni kerja senang kan?? betoi dak?? tapi depa tak tau yang seksanya kerja tangkap gambaq ni. awat aku boleh kata gitu?? sebabnya... dalam kerja tangkap gambaq ni... ada asas2 yang fotografer kena tau... bukan main hantam ja tangkap gambaq.. meh sini aku kongsi sikit pasai asas grafik...


1. Mudah
Sesuatu yang senang difahami maksudnya, dari segi penggunaan warna dan sebagainya. senang cerita... bila orang lain tengok gambaq yang kita tangkap tu... depa akan faham.




2. Keseimbangan
Gambar yan terlihat seimbang dari sisi kanan dan kirinya. yang ni kena teliti sikit. sebab nak bagi sama sisi kiri dengan kanan.. tak mau bagi nampka berat sebelah..







3.Kesesuaian
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. nak habaq pasai keindahan alam... jangan la kita pi tangkap gambaq orang buang sampah ka... apa ka... tangkap la gambaq gunung ka..tasik ka yang lawa2... baru la sesuai dengan apa yang kita nak habaq.




4. Warna
Warna yang sesuai dengan dengan situasi atau persekitaran sekeliling. bab ni... hampa kena pandai tengok warna... sebab takut warna yang hampa pilih tu...xsesuai dengan apa yang hampa nak habaq...





5. Teks
Saiz yang berbeza, fon berbeza, memiliki slogan, tema dan sebagainya. bahagian ni... hampa kena la kreatif sikit... banyak sowftware fon ada dalam google... donwload ja...jangan la dok pakai fon sama ja dari awal sampai habis... 






jadinya... tu la asas grafik yang aku nak kongsi dengan hampa semua... harap2 berguna la nohh..hehehehe

Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: " untuk awak.. untuk kita.."


"for you...for us"... tu la kata-kata yang ada kat muka depan buku 200 Quotes hasil tangan Norein Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim...

buku ni aku guna dalam subjek multimedia dalam bahasa... segala quotes yang ada dalam buku tu... aku kena pilih untuk letak dalam pos-pos ig aku...

aku ingat biasa-biasa ja quotes dia... tapi bila dah bukak buku tu... perghhh... kena bukak google traslate sekali... hahahha... lawak ja...takda la sampai tahap tu...

setiap ayat yang ada dalam buku tu nampak macam simple... tapi... kalau kena dengan gambaq hampa... basah la pipi hampa kalau hampa faham...hahahahha

BBM3410/18 : SALINA...OOWW SALINA...


Salina ni... nama dia memang tak asing lagi dalam karya sasterawan.... Sebuah novel yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negara yakni A.Samad Said...

Bila aku baca novel ni... Macam-macam cerita tentang masyarakat aku belajaq... sikap manusia ni macam-macam ada... Sepanjang aku belajaq mula dari sulu sampai sekarang... ni la kali pertama aku baca isi novel..hahahha...nak tau sebab apa aku sanggup hadap novel tebal ni?? sebabnya aku buat pita pasal kata ganda yang ada dalam novel tu... selak muka depan sampai belakang... Belambak kata ganda aku jumpa... tapi.. maksud dia tu yang aku kena kaji...

BBM3410/18 : Profku masuk tv...


Ada tak student yang masam muka bila kelas batal?? Mesti takda kan?? betoi dak?? Ni aku nak habaq kat hampa semua yang baca blog ni... Macam biasa la... Bila dah cuti midsem tu... Rasa berat ja hati nak tinggai kampung... Yala... Kampung dengan tempat belajaq aku bukannya dekat... Mau tak mau 6 jam jugak la naik bas... Bila tengah rileks-rileks cuti tu... Tiba-tiba... aku bukak wasapp tengok ada kerja online... Hampa nak tau dak kerja pa??

kerja dia... Bangun pagi-pagi... Kena ngadap tv al- Hijrah... hahahahha... Tapi yang tu ok lagi... Yang tak berapa nak ok bila hang dah beli tiket... tapi... prof hang bagi cuti extra... bertabah lahh..hahahha
tapi hampa ingat prof bagi cuti saja?? wahh.. senang buat duit..hahha...
 sekali ada kerja online... Tangkap gambaq prof dalam tv... lepas tu... viral dalam ig...hahahha...tak pasal-paal meraba aku cari tv kat kolej... Nasib la siaran tu ada kat youtube... kalau tak... jahanam la aku hari tu..hahhaha
Ni aku payung sikit gambaq prof aku masuk tv...hhahhaha




BBM3410/18 : DUNIA BAHARU...


Sejak-sejak ambil subjek multimedia dalam bahasa ni... macam- macam benda baru yang aku belajaq...

Ingatkan kena main microsoft ja... Tapi... nahhhh....

ig..twiter...movie maker semua kena main... hahahahah

Belajaq satu-satu benda ni buleh tepu otak aku... hahahah

Yang twitter paling blur sekali... sebab tak pernah guna langsung...nak tweet...nak retweet pon kau tak tau..hahahha... nampak sangat jakun.. hahahaha

Ni aku share sikit apa yang aku buat dengan twiiter aku.. hahahaha



BBM3410/18 : GENG PASKAL BARU

Bila sebut perkataan Paskal... Mesti semua orang tau tentang cerita dia kan?? betul dak??

Ni aku nak habaq pasal geng paskal baru... Tiap-tiap malam berperang.. hahaha

Ingatkan perang betoi... Tapi.. nahhhhh... Perang dalam game PUBG... hahaha

Awal-awal tu aku ingat game ni tak berapa nak best sangat... Tapi lepas kena hasut.... hemmmm

Dengan aku sekali lekat main game ni...hhahahaha

Ni masa aku tengah taip ni... Ada ja yang dok hasut ajak main...hahahha

Ingat la woii geng paskal PUBG... Pita lagi dua minggu dah. hhahahha

BBM3410/18 : CERITA KISAH SEORANG HERO YANG TAK BERAPA NAK JADI

Kisahnya begini mulanya,

Niat di hati nak jadi superman dekat jalan raya😆😆😆,


Dengan berbekal ilmu yang ada di dada selama ini, Aku akhirnya menjadi Superman!! Yeah!!YES,YES!!

Sekali Superman makan jalan Tar daa, 



Orang Tua-tua dulu kata,


Sesal dahulu pendapatan,

Sesal kemudian tidak berguna.


Peringatan ikhlas dari saya.


Berhati-hati di jalan raya dan janganlah jadi superman di jalan raya. 


Menyesai tak sudah bila tengok parut ini. 😆😆😆😆..




INSAFLAH, SEBELUM VAN JENAYAH ANGKUT HAMPA.


PESANAN  KHIDMAT MASYARAKAT IKHLAS DARI SAYA





BBM3410/18: PEMILIHAN YANG HARUS BERHATI-HATI

Asal aku cakap macam tu? Sapa leh Teka?

Sebab Prof suwuh pilih simpulan bahasa lepas tu suwuh lakonkan bagi makna simpulan.

Aku dah la KAYU.

Tambah-tambah pulak kumpulan aku 8 orang laki, 2 orang perempuan.

MATILANAK!!

Jadi bila nak pilih simpulan bahasa mestilah kena pilih yang sesuai kan dengan kami kaum lelaki ni ha. Takkan nak pilih Puteri Lilin kowt😆😆😆😆. Dalam masa nak pilih tu, sempat lagi nak cadang sapa tok pengarah bagi simpulan bahasa ni. Naheee..Kena kat aku tok pengarah depa bagi. Naya Cek saja. Maka inilah, hasil dari perbincangan kami semua. Jeng Jeng Jeng..


SIMPULAN BAHASA

Ringan Tangan 
Pisau Cukur
Buta Huruf
Titik Peluh
Buah Hati
Kepala Kongsi
Langkah Seribu
Kaki Pukul
Kaki Pancing
Alas Dulang











BBM 3410/18: PROF LIKE INSTA AKU

Prof serbu insta aku?

Biar betul..


Betullah, aku ingat aku ni bermipi  lagi bila tengok Prof  like GAMBAR TUGASAN KAMI.😆😆😆😆

Prof kata kan, bila dia like itu bermakna  tugasan kami memenuhi ARAHAN Prof dan DAPAT MARKAH 

Yeah!! Akhirnya, kalau aku mati pon dalam imam sebab Prof like gambar tugasan.

HAHAHA, Jangan Kecam Saya ye  

Wahai ahli blogger...

Saya hanya bergurau sahaja.,😆😆😆


Ok

Meh sini nak tunjuk Prof serbu dan like Insta aku.

Terima kasih Prof,, 😁😁




BBM3410/18: KAMPUNGKU

Akhirnya, saat yang aku nanti-nanti sudahpun tiba..


Perjalanan jauh tak  ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata.

woo.woo. balik kampung..
woo.woo. balik kampung 
hati girang.

( lagu sudirman layan dihati)

Sekali nyanyi dalam hati, Prof buat kejutan pulak.😌😌..Prof, kami balik nak bercuti, sekali Prof suruh tangkap 10 gambar yang istimewa dekat kampung kami semua. Alahai, tapi kita tak leh bangkang, Sifu kita mana boleh lawan. 😂😂😂..Ku akui,,,dan aku akur.. Ada hikmah juga bila Prof suwuh tangkap gambaq kampung ni..Bukan selalu nak pusing - pusing Baling. Tempat kelahiran aku.

Yela, dari duduk mandom dalam rumah lebih bek aku jalan-jalan pusing kampung.

Maka inilah hasilnya, aku kongsi sikit permandangan di kampung ku ini. 

Selamat Mencuci Mata, walaupun tak boleh datang sini.













BBM3410/18: VIDEO TWO LAYER PULAK


Dengarlah tuan satu cerita

Cerita dongeng orang tua-tua
Kisah tuk nujum yang terus mata
Bukannya betul semuanya auta

Kisahnya konon di Bringin Rendang
Dari hal tok nujum yang dah terbilang
Telek menelek semua temberang
Ahli nujum Pak belalang



Aku menyanyi ni sebab nak tenangkan hati aku ini sebenarnya,

Sebabnya video one shot layer kena reject dengan Prof. 😞😞😞😞.

Prof cakap video yang kami buat salah, lawa tu lawa dah permandangan ,,tapi kenapa ada 

bahagian orang belakon dekat belakang tu anak-anak oii..Kesian Prof marah kami semua.😆😆.

Prof cakap buat balik ye anak-anak.HAHAHAH,,

Takpe la Prof. Kami buat balik la. No hal la.


DAN 

Kali ini melibatkan video shot two layer pulak,

Ambil subjek ini kena redha ye anak-anak( terniang-niang sora Prof dekat kepala)


Jadi kami semua pon sepakat la nak buat lagu Teman Penganti Black Feat Malique

Lama tak dengar khabar Malique

Aku tanya Apa Khabar? ( Joe Flizzow)

😆😆😆




Jadi inilah proses sepanjang video ini dihasilkan.

Komen yang murni-murni sahaja ya.





BBM3410/18: BOLEH DAH BUAT MODUL TEKS LEPAS INI

Sepanjang aku praktikal dekat PPD Baling Kedah  selalu dapat tugas jaga kaunter, semak kertas, ikut

pegawai keluar, paling logik duduk saja. Nak kata bosan, tak sangat kot, sebab orang PPD Baling

semua peramah belaka. Akhirnya aku dan kawan-kawan aku yang sama praktikal latihan industri

diberikan satu tugasan yang penting iaitu membuat Modul Gilap Prestasi 2018 Bahasa Melayu UPSR

Pegawai dah bagi kepercayaan takkan nak buat sambil lewa kan. Maka disinilah aku menunjukkan

kepakaran aku dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu. Setelah sebulan mengilap prestasi, akhirnya

siap buku tersebut.  Meh aku belanja gambar dekat hampa semua, sepanjang proses itu berjalan.

Hihi. terima kasih sebab sudi baca blog aku ya hampa semua.







BBM3410/18: KEBUN BUAH DI RUMAHKU

😄😄😄😄😄😄😄😄😄


Perjalanan Di Titian  
Masa Kita Perlukan
( XPDC)

Sekali sekala ingat lagu lama apa salahnya.

Ha, aku nak cerita bagi, dekat rumah aku ada macam-macam jenis buah.

Buah Pelam

Buah Durian

Buah Asam Jawa

Buah Manggis

Buah Asam Gelugor


haa,,macam-macam lagi la..

Kalau nak balas di komen ya. yang dekat dengan area Baling jela.hihihi. 

BBM3410/18: NIAT NAK JADI POLIS TAPI TIDAK KESAMPAIAN

Dulu memang ada cita-cita nak jadi Polis,

Sampaikan masuk Kadet Polis dekat sekolah rendah dan menengah dulu.

Kalau ada aktiviti berkaitan polis, semua aku join.

Tapi apakan daya, Kita manusia hanya mampu merancang, Allah S.W.T  yang tentukan.

Berbekas kan parut ini, mana mungkin aku boleh jadi polis selepas peristiwa hitam itu.

Hahaha..Lupakan Jela. Meh Sini aku nak kongsi sijil yang aku dapat waktu jadi Kadet Polis dulu..hihi


Ni sijil ketua kompeni Bravo zaman PLKN dulu... 


Ni sijil perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat negeri...


Ni sijil kawad kaki badan beruniform...


Ni pulak sijil khidmat bakti geng-geng kadet polis... Kena jaga jalan.. hahhahaha

BBM3410/18: VIDEO SHOT ONE LAYER

Maka bermula pengembaraan aku dan kawan-kawan dalam pembikinan video.

Pada permulaannya, agak susah la , yela nak pilih lagu yang sesuai dengan kumpulan aku.

Mana taknya dah berapa kali dah tukar lagu dalam kumpulan Bahasa dan Linguistik Melayu tu.

Mula-mula

Kugiran Masdo

Lepastu,

Aladdin 

Akhir sekali,

Amelina


Aku harap sangat , video kami tak kena tolak dengan Prof.

Kalau korang nak tengok video kami iaitu Amalina dikeluarkan Jebat Production

Sila Copy/Paste Link Di bawah ini,

https://www.youtube.com/watch?v=nH0lwBDllwE&t=95s 

Jangan Ketawa Ya, Wahai Ahli Blogger. 












BBM3410/18: KEM KEPIMPINAN PELAJAR BAWAH TINGKATAN 6




 Bermula di sini, aku dilantik sebagai Penolong Ketua Fasilitator

Muka dah cengei, jadi pulak penolong  ketua, memang masak la budak-budak ini dengan aku.

Aku dan Kawan-kawan yang telah menjadi Alumni Tingkatan 6 Di SMK Baling Kedah kembali

berbakti kepada sekolah dengan menyekolahkan budak-budak ini.😈😈😈😈 ( Ada iman lagi nak

sekolahkan anak-anak orang pon)



Kem Kepimpinan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Resort Pantai Merdeka, Sungai Petani 

Kedah pada 30-31 Ogos dan 1 Septembe.  Alang-alang dah sampai, meh la kita menyelam sambil 

minum air.. Aku share sikit gambar- gambar sepanjang kem kepimpinan ini. Selamat enjoy wahai 

ahli  blogger.