Pages

Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: VIDEO TWO LAYER PULAK


Dengarlah tuan satu cerita

Cerita dongeng orang tua-tua
Kisah tuk nujum yang terus mata
Bukannya betul semuanya auta

Kisahnya konon di Bringin Rendang
Dari hal tok nujum yang dah terbilang
Telek menelek semua temberang
Ahli nujum Pak belalang



Aku menyanyi ni sebab nak tenangkan hati aku ini sebenarnya,

Sebabnya video one shot layer kena reject dengan Prof. 😞😞😞😞.

Prof cakap video yang kami buat salah, lawa tu lawa dah permandangan ,,tapi kenapa ada 

bahagian orang belakon dekat belakang tu anak-anak oii..Kesian Prof marah kami semua.😆😆.

Prof cakap buat balik ye anak-anak.HAHAHAH,,

Takpe la Prof. Kami buat balik la. No hal la.


DAN 

Kali ini melibatkan video shot two layer pulak,

Ambil subjek ini kena redha ye anak-anak( terniang-niang sora Prof dekat kepala)


Jadi kami semua pon sepakat la nak buat lagu Teman Penganti Black Feat Malique

Lama tak dengar khabar Malique

Aku tanya Apa Khabar? ( Joe Flizzow)

😆😆😆




Jadi inilah proses sepanjang video ini dihasilkan.

Komen yang murni-murni sahaja ya.





BBM3410/18: BOLEH DAH BUAT MODUL TEKS LEPAS INI

Sepanjang aku praktikal dekat PPD Baling Kedah  selalu dapat tugas jaga kaunter, semak kertas, ikut

pegawai keluar, paling logik duduk saja. Nak kata bosan, tak sangat kot, sebab orang PPD Baling

semua peramah belaka. Akhirnya aku dan kawan-kawan aku yang sama praktikal latihan industri

diberikan satu tugasan yang penting iaitu membuat Modul Gilap Prestasi 2018 Bahasa Melayu UPSR

Pegawai dah bagi kepercayaan takkan nak buat sambil lewa kan. Maka disinilah aku menunjukkan

kepakaran aku dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu. Setelah sebulan mengilap prestasi, akhirnya

siap buku tersebut.  Meh aku belanja gambar dekat hampa semua, sepanjang proses itu berjalan.

Hihi. terima kasih sebab sudi baca blog aku ya hampa semua.







BBM3410/18: KEBUN BUAH DI RUMAHKU

😄😄😄😄😄😄😄😄😄


Perjalanan Di Titian  
Masa Kita Perlukan
( XPDC)

Sekali sekala ingat lagu lama apa salahnya.

Ha, aku nak cerita bagi, dekat rumah aku ada macam-macam jenis buah.

Buah Pelam

Buah Durian

Buah Asam Jawa

Buah Manggis

Buah Asam Gelugor


haa,,macam-macam lagi la..

Kalau nak balas di komen ya. yang dekat dengan area Baling jela.hihihi. 

BBM3410/18: NIAT NAK JADI POLIS TAPI TIDAK KESAMPAIAN

Dulu memang ada cita-cita nak jadi Polis,

Sampaikan masuk Kadet Polis dekat sekolah rendah dan menengah dulu.

Kalau ada aktiviti berkaitan polis, semua aku join.

Tapi apakan daya, Kita manusia hanya mampu merancang, Allah S.W.T  yang tentukan.

Berbekas kan parut ini, mana mungkin aku boleh jadi polis selepas peristiwa hitam itu.

Hahaha..Lupakan Jela. Meh Sini aku nak kongsi sijil yang aku dapat waktu jadi Kadet Polis dulu..hihi


Ni sijil ketua kompeni Bravo zaman PLKN dulu... 


Ni sijil perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat negeri...


Ni sijil kawad kaki badan beruniform...


Ni pulak sijil khidmat bakti geng-geng kadet polis... Kena jaga jalan.. hahhahaha

BBM3410/18: VIDEO SHOT ONE LAYER

Maka bermula pengembaraan aku dan kawan-kawan dalam pembikinan video.

Pada permulaannya, agak susah la , yela nak pilih lagu yang sesuai dengan kumpulan aku.

Mana taknya dah berapa kali dah tukar lagu dalam kumpulan Bahasa dan Linguistik Melayu tu.

Mula-mula

Kugiran Masdo

Lepastu,

Aladdin 

Akhir sekali,

Amelina


Aku harap sangat , video kami tak kena tolak dengan Prof.

Kalau korang nak tengok video kami iaitu Amalina dikeluarkan Jebat Production

Sila Copy/Paste Link Di bawah ini,

https://www.youtube.com/watch?v=nH0lwBDllwE&t=95s 

Jangan Ketawa Ya, Wahai Ahli Blogger. 












BBM3410/18: KEM KEPIMPINAN PELAJAR BAWAH TINGKATAN 6




 Bermula di sini, aku dilantik sebagai Penolong Ketua Fasilitator

Muka dah cengei, jadi pulak penolong  ketua, memang masak la budak-budak ini dengan aku.

Aku dan Kawan-kawan yang telah menjadi Alumni Tingkatan 6 Di SMK Baling Kedah kembali

berbakti kepada sekolah dengan menyekolahkan budak-budak ini.😈😈😈😈 ( Ada iman lagi nak

sekolahkan anak-anak orang pon)



Kem Kepimpinan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Resort Pantai Merdeka, Sungai Petani 

Kedah pada 30-31 Ogos dan 1 Septembe.  Alang-alang dah sampai, meh la kita menyelam sambil 

minum air.. Aku share sikit gambar- gambar sepanjang kem kepimpinan ini. Selamat enjoy wahai 

ahli  blogger.











BBM3410/18 : Kalendar Meja


Assalamualaikum semua, memandangkan harini takde kelas amali Multimedia dalam Berbahasa, jadi kami diberi tugasan oleh Prof untuk membuat satu video tutorial berkaitan proses membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.  

Video tersebut hendaklah berdurasi selama 9 minit 30 saat. Tapi sebelum tu pada pagi tadi aku penat menunggu depan laptop sebab Prof ada cakap tugasan akan diberikan dalam Putrablast tapi tunggu punya tunggu papp Prof bagi tugasan dalam wasap melalui ketua kelas kami. Aduuhh buat penat je menunggu tu. Banyak kali juga buka Putrablast tu takut terlepas tugasan Prof. 

Jadi ni video tutorial yang aku buat. Maaf la ada sedikit tersasul tu. Hahaha


link : https://youtu.be/pvILmTN7T_w